Isnin, 11 April 2011

aLHamDuLILLah..

CUF 2021: PANDU PUTERI 2
KEM HERBA SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR.
(8,9,10/04/2011_)

aLhaMduLillah..ya rabbi ya tuhanKu..~

Tepat jam 3 petang, ari jumaat kami bertolak ke kem herba sungai congkak untuk aktiviti perkhemahan pandu puteri 2 di bawah Pn Nazeema Bt Yusof selama 3 ari iaitu hari jumaat, sabtu dan ahad. masa perjalanan mengambil masa selama 3 jam, lebih kurang macam tu laa. dalam pukul 5.30 petang, maka sampailah kami di sana. alhamdulillah..semuanya berjalan dgn lancar. perjalanan kami pun selamat pergi dan balik. masa mula2 sampai kt kem tuh, ana tgok facilities dia okey laa.. bnyak kemudahan yang disediakan. selain tempat tu dikelilingi oleh pokok2 herba dan juga sungai yang mengalir amat mendamaikan. ana rasa amatlaa damai dan tenang. masa sampai kt sne, kami ahli2 pandu berkumpul untuk mengambil barang2 seperti khemah, barang2 masak, serta barang2 len. stelah mnyusun dan memasang khemah. kami memulakan aktiviti perkhemahan. seperti biasa, sesi breafing terlebih dahulu oleh kapten kami iaitu cik ameera mengenai peraturan perkhemahan selain dibantu oleh puan nazeema. 

aktiviti pada hari jumaat, kami dibahagi2kan tugas iaitu kumpulan pertolongan cemas, kebersihan, agkut air daan kumpulan penghidang. semua kumpulan memberikan kerjasama yang sebaiknya. malam tu, kumpulan ana iaitu kumpulan LILY 2 bersama kumpulan besar iaitu kumpulan 4 menyiapkan satu aktiviti membuat gajet. kami membuat gajet Tripot, gajet tong sampah, papan kenyataan, pintu pagar dan juga lain-lain. kami dapat membuatkan khemah kami lengkap dgn kemudahan tersebut. kenangan yang paling berharga kt sana kan, ana dapat kawan baru iaitu EFFA. dia baik sgt ngn ana. walaupun dye ada kwn2 len kat sner, dye still kwn jgak ngn ana. so, ana happy laa dapat kenal ngn dia. hurmm..kwn2 len cm rekha, ira, sandra, hellen n yana pon sporting2 jer. ana suka sgt kumpulan LILY 2. memang best laa dyeorg semua ni. terima kaseh GurL!! i Love U aLL laaaaaa...ehehehe~

malam tu ada perjumpaan dgn Pn, ana terasa sedih sangat sbb malam tuh Pn amat marah dn terkilan dgn sikap ahli2 pandu puteri sbb katanya kami tidak memberi komitmen dalam aktiviti perkhemahan ini. xpenah ana tgok Pn marah2 macam tu skali. ana sedih sgt tgok Pn. dye amat kecewa dgn sikap kami. tapi ana menjalankan tugas ana dengan sebaiknya myb ada insan lain kot yg x menjalankan tugas2 nyer sbb tu Pn terkilan kot. tp apakan daya, kami hanya insan biasa yang xterlepas drpd melakukan kesilapan kan. tp malam tu mmg Pn marah giler2 laa..nada suara sedikit gementar, myb dye sedih dan nak naggis tp dye tabahkan jgak. Pn mmg tabah. maafKan kami Pn andai sikap kami telah mengecewakan Pn. 

pada pagi sabtu, kami melakukan suatu aktiviti iaitu melawat ke sebuah sekolah iaitu sekolah menengah seksyen 17 subang jaya, selangor darul ehsan. tujuan kami membuat lawatan di sana ialah ingin melihat cara pengurusan kokurikulum di sekolah dan melihat cara pentadbiran pandu puteri remaja dan renjer. mula2 smpai jer.. ana happy sgt. yelaa, kehadiran kami disambut dgn baik oleh warga sekolah. maknanya kedatangan kami ke sekolah tersebut adalah dialu-alukan. ehehehe..tp kan, ana xpuas hati ngn something lar. nk tau ape x? hurmmm..sal pengetua sekolah tuh. bkn nk kutuk tp just nk share jerk. masa tu kan, ada sesi ucapan pihak sekolah dgn wrga pentadbiran serta perjumpaan dgn ahli pandu puteri. dalam ucapan pengetua tu kan, sedikit tegas dan nadanya seolah2 keras serta menampakkan bahawa dia seolah-olah tidak menerima kami sepenuhnya. dia sgt2 tegas..dan skema.huk3!! cara dia bagi ucapan tuh seolah2 dia xsuka kami lar..anak2 suluh budiman nie. ntah ler..myb dye tuh ada kisah silam tersendiri kot. part yg kami amat tersinggung skali time nk bergambar beramai2 dgn pihak sekolah. ada ke patot pengetua tu sound kt kami cmni "CAMNI KE BAKAL2 GURU..NK AMEK GAMBAR PON LEMBAP"..uhuhuhu..tersentap hati mak nak dgr!! yg paling kecewa..mesti laa Pn nazeema kan, pensyarah pandu puteri. apelaa naseb kami hari tuh, dhlaa sampai sner lewat sbb sesat. pastu kena sound cmtu lak.. cabaran3!! lepas jer amek gambar kami dibawa melawat2 sekeliling sekolah serta melihat cara pengurusan kokurikulum sekolah tersebut. amat memeranjatkan jugak laa, rupa2nyer sekolah ni tip-top jgak laa..bkn calang2 sekolah. sgt aktif pelajar2nyer. hmmm..alhamdulillah..selepas itu kami menjalankan aktiviti pandu puteri. kami diaajar melakukan ladam kuda, serta menjadi penonton melihat gelagat adik2 pandu puteri menerima pelantikan daripada penasihat pandu puteri. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar..~



hari mLm ahad kemudiannya, kaMi ada masak2 or barbique  la ckit. bt ala2 unggun api gitu serta ada sedikt persembahan darpd setiap kumpulan. best lar malam tuh. seronok...kami bersukaria bersama2 dan menyanyikan lagu bersama. kwn2 len pon happy jer. malam tu jgalah, sesi meluahkan persaan masing2 terhadap sepanjang aktiviti perkhemahan berlaku. sedih, kecewa, gembira, takut...smua bersatu. masing2 menaggis dan sedikit sedih apabila menceritakan kelemahan dan kelebihan dalam aktiviti perkhemahan ini. kami berkongsi perasaan bersama-sama. hurmmm..biarlah itu berlalu kan. xmo dh ingat2..huk3!! pda pahi ahad pula, kami melakukan aktiviti yang terakhir laa iaitu bersama pakcik herba. gelagat pakcik ni amat mencuit hati kami dgn telatahnya. beliau memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada kami mengenai ilmu tentang pokok2 herba yang terdapat di negara kita. rupanya pak cik ni adalah mantan pensyarah dkt UKM dalam bidang alam sekitar. lebih kurang gitu lar.. bnyak jga laa ilmu yg beliau bagi kepada kami ttg herba ni. happy sangat, sbb pakcik ni baek n bagi kami merasakan sendiri keenakan herba tersebut. 

tepat jam 3 petang..kami bersiap2 lar utk pulang ke UPSI. kami sampai dkt KZ ni lam pukul 6.30 petang. alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dan selamat. terima kaseh sgt2 dan x terhingga bt Pn Nazeema Yusof selaku tenaga pengajar pandu puteri 2 diatas tunjuk ajar serta kesabaran beliau dgn melayani pelbagai karenah kami. ana amt berbangga dgn Pn. Nazeema krn berjaya menguruskan perkhemahan ini dgn sebaiknyer. hohohohoho. TAHNIAH SEMUA. SEMOGA KENANGAN KITA DALAM PANDU PUTERI 2 NI AMAT2 BERHARGA DAN MENJADI KENANGAN SEPJG HIDUP..THANK SEMUaaaa..Love U aLL!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan